Help - Search - Members - Calendar
Full Version: ANAK TAK SANGGUP SARA IBU BAPANYA
::RUQYAH SYAR'IAH:: > KISAH MENARIK WAL PELIK > BERITA TERKINI
Mohsa
‘Tak mampu sara ibu bapa’
Oleh Ziauddin Sharuddin

Berita Harian 22/1/2009

SEREMBAN: Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya kerana tidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarganya.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank, termasuk pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanya dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak.

Raja Suzana berkata demikian dalam perbicaraan untuk membuat taksiran mengenai kemampuannya membayar nafkah sepanjang hayat kepada ibu dan bapanya.

Tahun lalu, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya, terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan ibu bapanya mendiami rumah di Kampung Jiboi Baru yang sudah dijual kepada orang lain, tetapi disewakan semula dengan sewa dibayar Raja Suzana.

Pada April 2007, Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isterinya, Fatimah Salleh, 64, kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim menyatakan beliau dianugerahkan sebidang tanah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, pada Ogos 1971 serta mendirikan sebuah rumah dan membesarkan lapan anak, termasuk defendan pertama.

Pada 1993 Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pernyataan tuntutan turut menyatakan defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Raja Suzana juga didakwa gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal melaksanakan tanggungjawab menafkahi plaintif iaitu nafkah furu'.

Hakim kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk membuat taksiran yang sama terhadap suaminya.

Nota:
Astaghfirullah....satu lagi kisah yg boleh dijadikan teladan dan sempadan......kalau benarlah seperti berita yg dilaporkan, alangkah malangnya ibu bapa ini setelah segala kederat mudanya dihabiskan utk membesarkan anak2, membina rumah tempat anak2 dibesarkan namun selepas segala harta dan rumah telah dipindah milik kpd si anak, tau2 rumah yg mereka duduki sementara menghabiskan sisa usia tua dijual oleh si anak. Mereka akhirnya menyewa dirumah yg dibina dgn hasil titik peluh sendiri.....
Saya terasa amat kesian kpd pasangan ini dan terfikir bgmana cara yg mungkin blh komuniti forum ini membantu mereka......silalah
bagi pandangan tuan2 puan2.
cikgusains
QUOTE (Mohsa @ Jan 22 2009, 01:05 PM) *

ermmm...janganla jadi anak yg x mengenang budi..
abgaudit
Rasa2 laa ... Mungkin menantu dia tu byk hutang ....suruh bini dia pujuk pindah tanah dan seterusnya tanam tebu dibibir & lidah bercabang ...tu yg jadi mcm tuu haru biru . Tapi tu laa standard tarak mau jatuh jugak....keta 3 bijik ...mak oiiii ... lecturer Abe dulu di Arau ada keta protan saga jaa & moto kapcai ...pegi kuliah naik kapcai jaa ....
humeira
erm, bila baca kisah ni teringat citer lama tu, si Tanggang....

bila dah senang, jadi camnilah.....lupe diri....

mellow.gif

halwa
QUOTE (humeira @ Jan 22 2009, 04:34 PM) *
erm, bila baca kisah ni teringat citer lama tu, si Tanggang....

bila dah senang, jadi camnilah.....lupe diri....

mellow.gif

apa sebab agaknya jadi macam ni ? antara suami dan ibubapa .....

payah juga jadi Raja suzana bt kassim . kenapa nama bapak dia takde raja. .....

humeira
QUOTE (halwa @ Jan 22 2009, 04:43 PM) *
apa sebab agaknya jadi macam ni ? antara suami dan ibubapa .....

payah juga jadi Raja suzana bt kassim . kenapa nama bapak dia takde raja. .....

a'aa yee.....he...he...baru perasan.......

erm...... mellow.gif

maybe ayah dia low profile kot kak, x nak pakai title2....he..he..
Unggu

Salam....

sedih baca kisah yg tuan paparkan nie....hmm, nak komen tak tau, coz saya pun bukanlah baik sgt & anak2 pun masih kecik lagi ,itupun tak tau nanti bila mereka besar mcmana, tapi just ingatkan diri sendiri juga, balasan Allah Ta'ala tu tetap ada samada cepat / lambat, kalau buat baik Allah Ta'ala balas kebaikan juga & sebaliknya, apatah lagi dlm hal buat baik kepada ibu bapa, dlm Al quran sendiri Allah ckp suruh buat baik & jaga perihal kebajikan kedua ibu bapa kita bila mereka sudah tua, & bnyk memana pendakwah2 agama juga sampaikan nasihat camtu...jadi kat sini anak2 yg sedemikian "sampai mak ayah er saman kat mahkamah", moga cepat2 lah sedar akan kesilapan besar yg dah dibuat & perbetulkan apa yg silap. bagi mak ayah yg berkeadaan sedemikian, nak minta bantuan dari pihak lain spt jabatan kebajikan ke / baitumal rerasa saya kena check balik betul2 tahap kemampuan dari semua anak2 mereka (baik yg kena saman tu & anak2 yg lain) samada mereka mampu / betul2 tidak mampu salurkan sejumlah pendapatan bagi ke2 ibubapa mereka.(tak kan nak biarkan mak bapak sendiri hidup melarat, takde hati perut ke?) Wallahualam...
miss_zai
Dah nak kiamat.
Abengah
Memang sedih mengingatkan ibu dan bapa yang penat menjaga dan menyerah/mengabaikan kehendak sendiri demi membesarkan anak-anak, tapi kesemua pengorbanan mereka tidak dihargai oleh anaknya.

Gaji 4k lebih tak cukup? laki kerja gak... diorang pakai n makan apa agaknya ek?
Dah buat perjanjian tu sepatutnya tak perlu la buat pinjaman itu pinjaman ini sampai dah melanggar perjanjian.

tak pe tak pe... Insya Allah bala akan diturunkan untuk anak yang berbuat begitu kepada orang tua.

dari satu segi... parents tak berkuasa ke atas anak perempuan yang dah berkahwin (tidak derhaka orang perempuan yang dah kahwin dan tidak mengikut kata ibu bapa)... betul... tapi

dari satu segi lagi... Tanggungjawab kepada Mertua kalao tak silap ada di ajar dalam Islam

Tanggungjawab kepada Allah
Tanggungjawab kepada Rasul
Tanggungjawab kepada Ibu Bapa
Tanggungjawab kepada Isteri/Suami
Tanggungjawab kepada Keluarga (termasuk keluarga Mertua)
Tanggungjawab kepada Jiran Tetangga
Tanggungjawab kepada Masyarakat

"Apa punya anak daa..."

tak mustahil Allah akan jadikan... Anak-anak mereka akan lakukan lebih teruk daripada apa yang dia lakukan kepada Ibu Bapa mereka.
halwa
QUOTE (Abengah @ Jan 23 2009, 10:00 AM) *

minta bersabar Tuan -tuan dan Puan-puan , kita tak tahu akan kisah yg sebenarnya , makcik dan pakcik ni ada 8 org anak

8 org bukan 1....... hal keluarga ni ..mana kita tahu ....... yg tersembunyi. Kekadang tak diceritakan sepenuhnya nak tutup

apa yg perlu ditutup. Simpan dulu sumpah-sumpahan tu .....

Abengah
QUOTE (halwa @ Jan 23 2009, 10:51 AM) *
minta bersabar Tuan -tuan dan Puan-puan , kita tak tahu akan kisah yg sebenarnya , makcik dan pakcik ni ada 8 org anak

8 org bukan 1....... hal keluarga ni ..mana kita tahu ....... yg tersembunyi. Kekadang tak diceritakan sepenuhnya nak tutup

apa yg perlu ditutup. Simpan dulu sumpah-sumpahan tu .....

minta maaf... mungkin saya nampak terburu-buru...
Saya cakap merujuk kepada berita yang disampaikan.
Lecturer buat perjanjian dengan bapanya yang dia akan menyalurkan dana kepada ibu bapanya (menyara) di atas sebab dia telah dapat tanah dan rumah yang sepatutnya menjadi harta pusaka kepada 8 orang anak...
bermakna... dia wajib akur dengan perjanjian sedang dia telah mendapat tanah dan rumah tersebut... Tak gitu?

dengan kata lain.. dia telah membuat perjanjian, dan kemudiannya melanggar perjanjian (jual rumah kepada orang lain), so ayah dia dah bawa ke mahkamah dan keputusannya = dia berjanji akan bagi parents dia tinggal kat rumah yang dia telah jual dengan membayar sewa kepada pembeli sehingga parentsnya meninggal....

Namun begitu dia ingkar lagi perjanjian tersebut...

2 kali ingkar... kalau anak lelaki yang buat macam tu... sah dah DERHAKA nasib baik anak perempuan.

Ayah saya selalu sebut (sejak dari kecil)
"Kalo kita tak nak orang lain buat kat kita, kita jangan buat kat orang lain"
"Tak mustahil Allah akan balas 'cash' kat dunia lagi jika kita menganiayai Orang Tua kita"
"Tak mustahil anak-anak kita akan buat lebih teruk dari apa yang kita lakukan kepada orang tua kita"

Abengah
tambahan

bila dia buat perjanjian dengan ayahnya untuk menyara ayahnya jika ayah bagikan dia tanah dan rumah tersebut...

"Ini juga bermakna, adik beradiknya yang 7 orang lagi tak perlu bertanggungjawab (walaupun dalam keadaan sebenar masih lagi wajib menyara kedua ibu bapa)."

mungkin saya ada silap paham

kalau ada... tolong betulkan

terima kasih
halwa

apa yg berlaku jadikan pengajaran.

hartabenda / pangkat / darjat / kedudukan/ bukan jaminan kebahagian ........ . cobaannnn.

silap anak , silap makbapak , silap kita smile.gif

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.