QUOTE (HKA5510 @ May 7 2008, 10:04 PM)

Assalamualaikum tuan/ puan / cik / encik yang berFORUM di sini.
Sehingga waktu ini di dapati ada banyak orang yang membuat posting - posting yang rendah nilai intellektual juga profesionalismanya .... yang banyak menggunakan bahasa / joke2 yang menyalahi niat asal "PUSAT RAWATAN TERAPI ALQUR'AN DARUL HIKMAH" . Jika kita tidak memperbaiki diri kita dalam FORUM yang bersaskan ALQURAN yang mulia ini ... susahlah kita hendak mendapatkan KEBERKATAN dalam amalan kita ...
Jika kita boleh kongsi maklumat yang TINGGI nilai ILMU nya , boleh di hujjahkan dengan panjang lebar secara saintifik juga berserta dalil-dalil dari hadis-hadis yang sahih .... itu kan lebih BAIK
Rasanya FORUM ini dibaca oleh semua orang yang dahagakan ILMU2 ALQURAN yang banyak manafaat nya ... para intelek didunia , oleh itu jika kita ingin mencari ILMU atau mahu berkongsi ILMU ... buatlah dengan cara yang sebaik-baiknya .... yang boleh menunjukkan kematangan DIRI dan MINDA kita
Bahasa yang kita luahkan juga mencerminkan NILAI diri kita
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Wassalam
Waalaikumsalam Puan Hajah yang saya hormati. Tujuan kami buatkan forum ini agak longgar adalah kerana supaya lebih ramai lagi yang masuk dan cuba memahami tentang Al-Quran yang penuh barakah. Yang menjawab dalam forum ini pun bukanlah semuanya dari golongan yang pandai pandai seperti Puan Hajjah termasuklah saya.
Kami berusaha melonggarkan posting agar ramai lebih mudah bertanya dan tidak malu untuk mengemukakan soalan bimbang bimbang kerana terlalu ilmiah maka ada yang tidak dapat menerimanya. Setakat ini Puan Hajjah boleh lihat betapa peningkatan di forum ini menjadi kenyataan dimana ramai yang menyertai dan ada juga yang telah meletak jawatan sebagai tok bomoh bila membaca forum disini. Ada pesakit "rockers" yang terus meninggalkan cara rawatan tok bomoh setelah membaca forum disini. Saya ada menyimpan email email dari mereka yang menyatakan amat senang dgn cara forum ini dikendalikan. Bahagian bergurau kita bergurau seperti satu keluarga yang besar...bahgian serius kami serius dan tidak ada kompromi.
Dalam menyampaikan dakwah Islam kita harus mengetahu cara untuk memikat hati org yang didakwah...kalau terlalu berkeras dan terlalu banyak teori maka ia akan menjadikan org itu bosan hatta meninggalkan dakwah tadi kerana mendapati ianya terlalu strict. Pernah satu ketika ketika Rasullullah SAW menyampaikan dakwah ada seorag yang mahu memeluk islam tetapi dia bertanya " Bolehkah saya memegang kemaluan saya setiap masa ketika selepas memeluk agama islam?" Maka jawab Rasullullah SAW "Boleh" Kalau di ikutkan mana boleh kita memegang kemaluan kita sepanjang masa...tetapi demi untuk menarik dulu keislaman Rasullullah SAW berkata "boleh"...selepas ditarbiyahkan insyaALLAH dia memeluk islam dgn senang hati kerana tidak Islam bukanlah ugama yang keras.
Kalau mahu menjemput ramai orang dan mahu berdakwah kepada ramai orang maka kita longgarkan dulu lama lama bila mereka faham insyaALLAH mereka sendiri yang akan berubah. Dalam Rawatan Tuan Ustaz Malek juga kita boleh nampak unsur unsur ini berlaku. ketika dirasuk beliau boleh bergurau dgn jin jin tersebut demi menunjukkan betapa lembutnya Islam, demi mengajak jin jin itu mendengar dahulu dakwah beliau...tetapi bila timbul akhirnya jin jin akur dgn islam dgn rela hati insyaALLAH.
Sama sama lah kita bergabung tenaga untuk menjadikan dan memertabatkan Al-Quran dgn kaedah yang ringan dalam dakwah dan ukhwah. Dalam keadaan ceria dan bukan paksaan..dan dalam keadaan yang amat mudah difahami oleh orang orang seperti kami yang amat ramai diluar sana. Mudah mudahan Kami diberi keredhaan ALLAH dalam usaha kami menyampaikan sedikit sedikit ilmu yang ada dalam diam diam ini kami telah pun berjaya menarik lebih 200 ahli dan insyaALLAH dalam 200 ahli sekarang ini kami akan berjaya berkembang seperti kembangnya bunga teratai dan bercambahnya umat umat islam yang menyintai Al=-Quran...
WALLHUAKLAM