Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Minyak Saji - Digunakan sebagai Minyak Hitam ( Sawit Shj)
::RUQYAH SYAR'IAH:: > KISAH MENARIK WAL PELIK > BERITA TERKINI
abgaudit
Subjek: Minyak SAJI.

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya. "

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgr oup.us/oil. htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernam

________________________________________________________________________________
_________________

Ada yg berani cuba kaa ....
azizan.ramly
Kalau nak lagi besh, letak minyak masak tu ke dlm engine gantikan pam..
serius boleh hidup, performance put not bad. hehe..

di tmpt sy ni, kitorang dh banyak kali cuba di makmal engine,
gantikan minyak kelapa sawit utk petrol..
menariknya mmg boleh..
cuma masalahnye... minyak masak/kelapa sawit ni sgt mahal compare to petrol..
kate ar 1 liter, maybe cecah rm3++
tu sbb , ms diorang bising2 nak wat biofuel dulu tu, sume urge kerajaan utk bg subsidi pada minyak biofuel
halmy
Dah ada ahli forumer yang guna minyak sawit ni tak....
admin
QUOTE (halmy @ Apr 25 2009, 07:51 PM) *
Dah ada ahli forumer yang guna minyak sawit ni tak....

hmm elok gak ni nak try ni pakai kat kancil tapi kena tukar gasket top and bottom dulu.

Ada sesiapa yang dah cuba jomlah insyaALLAH kalau ramai guna jatuhlah harga minyak pelincir....
PnAdmin
QUOTE (admin @ Apr 27 2009, 08:48 AM) *
hmm elok gak ni nak try ni pakai kat kancil tapi kena tukar gasket top and bottom dulu.

Ada sesiapa yang dah cuba jomlah insyaALLAH kalau ramai guna jatuhlah harga minyak pelincir....

Salam,

Nak tanya sikit, Kalau minyak sawit tu kita dah pakai untuk kereta kita boleh tak buat goreng telur?..hehehehehe

Kalau jadi macam ni senang kan?....TA bawak kereta lepas tu engine jadi panas...terus berenti tepi jalan....Lepas tu dia amik sedikit minyak sawit dalam engine kereta dan buat roti canai dan telur goreng....amacam? wahhhhhhhhh canggggggih nanti minyak tu hehehehehehe

admin
QUOTE (PnAdmin @ Apr 27 2009, 10:16 AM) *

Hmmm bila bab roti canai jer aku roti canai jer aku hmmm tapi boleh jugak hehehehe

betul gak tu abg audit boleh ker macam tu? hehehehe aduiiii
Abengah
QUOTE (PnAdmin @ Apr 27 2009, 10:16 AM) *
Salam,

Nak tanya sikit, Kalau minyak sawit tu kita dah pakai untuk kereta kita boleh tak buat goreng telur?..hehehehehe

Kalau jadi macam ni senang kan?....TA bawak kereta lepas tu engine jadi panas...terus berenti tepi jalan....Lepas tu dia amik sedikit minyak sawit dalam engine kereta dan buat roti canai dan telur goreng....amacam? wahhhhhhhhh canggggggih nanti minyak tu hehehehehehe

Muahahaha... memang bagus cadangan Puan Admin ni...
cuma satu masalah jek,
tangki minyak hitam tu kat dalam enjin (sekali ngan enjin) kalo nak kuarkan dia tu kena masuk bawah kete n buka skru dulu
dan masalah kedua adalah, masa tgh panas tu, paip ekzos bawah tu pun panas (semua panas)

penyelesaiannya adalah:
kena buat satu sistem untuk sedut keluar minyak tu

tak pun, senang jek
puan admin boleh guna cara ni

1. Potong daging (bagi nipis macam nak buat steak)
2. letak perencah dan gaul hingga sebati (perap jika perlu)
3. bungkus dalam aluminium foil (bungkus banyak lapis)
4. letak atas enjin atau ikat dan gantung pada radiator
5. Lepas 2 -3 jam travel boleh la buka untuk santap

(erkkk... kalo keracunan makanan jagan salahkan saya... saya tak berani nak test takut masuk asap beracun pada daging tu)
laugh.gif tongue.gif
PnAdmin
QUOTE (Abengah @ Apr 27 2009, 10:18 AM) *

laugh.gif laugh.gif punah harapan TA nak mkn roti canai..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.