Help - Search - Members - Calendar
Full Version: SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
::RUQYAH SYAR'IAH:: > PERTANYAAN TENTANG PENYAKIT DAN RAWATAN > SIHIR DAN TANDA GANGGUAN
lebai

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
42) Dan lain2
mat kidall
Alamak, saya ada satu tanda la tuan Lebai, no 18 tu.......
halwa
NO. 16 - Bunyi guli jatuh di syiling

apa yg menyebabkan bunyi mcm ni ?

tak tau ini tanda gangguan . tapi sebelum ni memang ada bunyi mcm ni atas bumbung

kekadang bunyi mcm benda melompat / kucing gaduh .....

-lebih 60%

halwa
QUOTE (mat kidall @ Aug 12 2009, 02:32 PM) *
Alamak, saya ada satu tanda la tuan Lebai, no 18 tu.......

alah tn Mat ... tu baby baru la tuhh
PnAdmin
QUOTE (halwa @ Aug 12 2009, 02:36 PM) *
alah tn Mat ... tu baby baru la tuhh

hehehehe kak halwa ni cepat betul tangkap smile.gif
lebai
QUOTE (mat kidall @ Aug 12 2009, 02:32 PM) *
Alamak, saya ada satu tanda la tuan Lebai, no 18 tu.......

hmmm orang bujang 100 hari ni...kuat berangan.. smile.gif
mat kidall
hehehehehe.....Kak Halwa kita ni kasyaf tinggi laaaa......... nanti nak pegi nadah.....
tosan_aji81
saya no 42
halwa
QUOTE (mat kidall @ Aug 12 2009, 02:56 PM) *
hehehehehe.....Kak Halwa kita ni kasyaf tinggi laaaa......... nanti nak pegi nadah.....

kasyaf jin .... nak?

halwa
QUOTE (tosan_aji81 @ Aug 12 2009, 03:05 PM) *
saya no 42

ini yg paling bahaya .... infiniti

hakimyputra
QUOTE (halwa @ Aug 12 2009, 03:06 PM) *
kasyaf jin .... nak?

Meh kat sy..sy nak..hehehe
halwa
QUOTE (hakimyputra @ Aug 12 2009, 03:10 PM) *
Meh kat sy..sy nak..hehehe

alahai tuan ustaz .... kecik tapak tangan ...... ambik tuan ... ambik semua sekali

jgn tinggal sisa sikit pun.

abgaudit
Tu dia ...tawaran dah diterima tuu...tunggu apa lagi kak halwa ....org nak terima ....
hakimyputra
QUOTE (halwa @ Aug 12 2009, 03:14 PM) *
alahai tuan ustaz .... kecik tapak tangan ...... ambik tuan ... ambik semua sekali

jgn tinggal sisa sikit pun.

Hehehe.. Masukkan dalam bekas di depan Kak Halwa, sendkan pada tempat yang telah disediakan...

Aduhaii...hehehe
halmy
QUOTE (halwa @ Aug 12 2009, 03:14 PM) *
alahai tuan ustaz .... kecik tapak tangan ...... ambik tuan ... ambik semua sekali

jgn tinggal sisa sikit pun.

yg ni kena ngadap tuan kimi ni kalaunak beri.rasanya tn kimi akan ke shah alam hujung minggu ni....
lebai
QUOTE (halmy @ Aug 12 2009, 03:28 PM) *
yg ni kena ngadap tuan kimi ni kalaunak beri.rasanya tn kimi akan ke shah alam hujung minggu ni....
hmm betui ka ni??
halwa
QUOTE (hakimyputra @ Aug 12 2009, 03:18 PM) *
Hehehe.. Masukkan dalam bekas di depan Kak Halwa, sendkan pada tempat yang telah disediakan...

Aduhaii...hehehe

bekas dan tempat ???

halwa
QUOTE (hakimyputra @ Aug 12 2009, 03:18 PM) *
Hehehe.. Masukkan dalam bekas di depan Kak Halwa, sendkan pada tempat yang telah disediakan...

Aduhaii...hehehe

QUOTE (halwa @ Aug 12 2009, 04:15 PM) *
bekas dan tempat ???

Dah jumpa..... recycle bin

muslimin
QUOTE (lebai @ Aug 12 2009, 01:37 PM) *
[size="4"][/size]16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

assalamualaikum.

nak minta pencerahan dari tuan lebai...

seperti yang tuan2 maklum, kakak saya mengalami gangguan... teruk juga. pada masa ni, kakak saya tinggal sebelah rumah saya je.

bila saya baca tentang simptom2 ni, simpton ke-16 ni selalu tapi tak sangka pulak saya ianya simpton gangguan. simptom2 lain tu mmg ada tapi kita dah sedia maklum.

kakak saya selalunya balik lepas maghrib atau ke atas. kedudukan bilik tidur saya bersebelahan dengan bilik tidur rumah sebelah.

so, hampir setiap kali kakak saya balik (kebiasaannya bila akak saya balik, saya sedang duduk berhampiran dinding yg bersebelahan), saya dengar bunyi seolah2 orang main lempar2 guli kat dinding (saya tak pasti samada hari2, sbb tak amik peduli tapi mmg sangat kerap. dlm 3-4 ari ni takde). selama ni saya dok ingatkan anak2 akak saya sampai2 umah je dah dok main lempar2 guli kat dinding.

hmmm..
halmy
QUOTE (lebai @ Aug 12 2009, 03:41 PM) *
hmm betui ka ni??

saya terbaca dlm shoutbox akademi maqari dia kan hadir kursus rawatan tersebut. tapi baru perasan dia tak nyatakan bila. nak conform lagi tanya tuan empunya diri
halmy
QUOTE (muslimin @ Aug 13 2009, 11:53 AM) *
assalamualaikum.

nak minta pencerahan dari tuan lebai...

seperti yang tuan2 maklum, kakak saya mengalami gangguan... teruk juga. pada masa ni, kakak saya tinggal sebelah rumah saya je.

bila saya baca tentang simptom2 ni, simpton ke-16 ni selalu tapi tak sangka pulak saya ianya simpton gangguan. simptom2 lain tu mmg ada tapi kita dah sedia maklum.

kakak saya selalunya balik lepas maghrib atau ke atas. kedudukan bilik tidur saya bersebelahan dengan bilik tidur rumah sebelah.

so, hampir setiap kali kakak saya balik (kebiasaannya bila akak saya balik, saya sedang duduk berhampiran dinding yg bersebelahan), saya dengar bunyi seolah2 orang main lempar2 guli kat dinding (saya tak pasti samada hari2, sbb tak amik peduli tapi mmg sangat kerap. dlm 3-4 ari ni takde). selama ni saya dok ingatkan anak2 akak saya sampai2 umah je dah dok main lempar2 guli kat dinding.

hmmm..

MENGUSIR JIN DALAM TUBUH & TEMPAT (RUMAH)
Caranya:
o Bacakan pada segelas air putih:
o Al fatehah 1 X
o Ayat Kursi 1 X
o Surah Al-Jin 1 - 6 kali
o Setelah itu, hembuskan 3 kali dan minumkan pada orang yang
kesurupan Jin. Untuk tempat yang dihuni, anda percikpercikkan
secukupnya.
puteri
baru-baru nie p3 ada majlis penataran ilmu oleh mufti negeri perlis..dr juanda jaya...dia cakap surah al-baqarah adalah surah terbaik untuk menghalau syaitan masuk ke rumah....jin/syaitan tak akan berani masuk kalau surah nie dibaca di dalam rumah.....
halwa
QUOTE (lebai @ Aug 12 2009, 01:37 PM) *

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
42) Dan lain2

kak halwa cuba2 cari kat sini .... tapi tak jumpa lagi tentang perkara ni ..

pasal bau badan. termasuk dlm tanda @simptom gangguan atau tidak ?

ummihurairah
sye plak..ade kat 6,12,21 n 32..tu kerap berlaku pada saya..xble tido malam.hati berdebar kancang.macam nk tekeluar je jantung ni dri badan..gelisah spanjang malam...nk lepaskan diri dari dume ni.saye men game la.makan ke ape,,lama2 bru hilang sume ni...
tomatoman
QUOTE (ummihurairah @ Sep 14 2009, 10:21 PM) *

kenalah rajin baca qur'an biggrin.gif
roskas
QUOTE (ummihurairah @ Sep 14 2009, 10:21 PM) *
sye plak..ade kat 6,12,21 n 32..tu kerap berlaku pada saya..xble tido malam.hati berdebar kancang.macam nk tekeluar je jantung ni dri badan..gelisah spanjang malam...nk lepaskan diri dari dume ni.saye men game la.makan ke ape,,lama2 bru hilang sume ni...

mem game??macam mana tu?
rayzprince
QUOTE (roskas @ Sep 17 2009, 09:31 AM) *
mem game??macam mana tu?

main playstation kot..... dry.gif
roskas
QUOTE (rayzprince @ Sep 17 2009, 09:35 AM) *
main playstation kot..... dry.gif

ooo game kat playstation..ingatkan yg aktiviti kat luar tu.
puteri
QUOTE (ummihurairah @ Sep 14 2009, 10:21 PM) *
sye plak..ade kat 6,12,21 n 32..tu kerap berlaku pada saya..xble tido malam.hati berdebar kancang.macam nk tekeluar je jantung ni dri badan..gelisah spanjang malam...nk lepaskan diri dari dume ni.saye men game la.makan ke ape,,lama2 bru hilang sume ni...

salam..apa khabar sekarang ummihurairah?
hikmahurut
bab bau badan nie adalah simptom2 awal terkena pykt malas mandi selalunya... smile.gif
muslimah82
QUOTE (hikmahurut @ Oct 5 2009, 09:42 AM) *
bab bau badan nie adalah simptom2 awal terkena pykt malas mandi selalunya... smile.gif

macamana nak rawat?
hikmahurut
ketuk kayu nona 3hari 3mlm
muslimah82
gulp...

hikmahurut
badan berbau busuk semacam mungkin juga ada petanda awal gangguan..tapi setakat nie saya belum jumpa lagi patient sebegitu rupa..diharap perawat/forumer diluar sana boleh berkongsi sedikit sebanyak mengenai simptom ini...
hikmahurut
suatu masa dulu ada seorang pskt bangsa pakistan dtg ke taq klang dan mengadu tentang masalah rezeki,jodoh dan juga tangan kanan berbau busuk...semasa dibacakan ruqyah pskt lalu menangis...selepas menjalani beberapa sesi ruqyah,pskt mulai maju dalam kehidupan seperti sudah berkahwin,tgn tidak berbau lagi dan rezeki pun semakin luas...wallahuaklam...
muslimah82
sejak akhir-akhir ni.. ada part-part badan panas
belakang (pinggang),
lutut
perut
kepala
dada
tengkuk
hujung tapak kaki
ada masanya pula part tersebut sejuk
..
keapa agaknya.. adakah jin tu masuk/sedang melakukan operasi/keluar?
hikmahurut
biasaler petanda gangguan...

kena wiridkan ler tiap2 lps solat al falaq 33x dan an nas 33x minta Allah beri kesembuhan..lakukan dgn istiqomah...selain perdengarkan cd ruqyah min 3x sehari... ada dapat apa2 mimpi setakat nie...?
muslimah82
QUOTE (hikmahurut @ Oct 5 2009, 10:42 AM) *
biasaler petanda gangguan...

kena wiridkan ler tiap2 lps solat al falaq 33x dan an nas 33x minta Allah beri kesembuhan..lakukan dgn istiqomah...selain perdengarkan cd ruqyah min 3x sehari... ada dapat apa2 mimpi setakat nie...?

macam-macam mimpi..

sebab sy memang sdg hadapi gangguan

sy akan postkan mimpi sy dalam topik sy "Saka or..?"

tuan HU ada gak syorkan sy amalkan al-kauthar utk dptkan petunjuk mimpi kan..
admin
QUOTE (hikmahurut @ Oct 5 2009, 10:32 AM) *
suatu masa dulu ada seorang pskt bangsa pakistan dtg ke taq klang dan mengadu tentang masalah rezeki,jodoh dan juga tangan kanan berbau busuk...semasa dibacakan ruqyah pskt lalu menangis...selepas menjalani beberapa sesi ruqyah,pskt mulai maju dalam kehidupan seperti sudah berkahwin,tgn tidak berbau lagi dan rezeki pun semakin luas...wallahuaklam...

Alhamdulillah kes ini dah pun selesai perniagaan beliau makin maju dan dah pun berkahwin dgn orang sini. Sebelum ini perkahwinan beliau selalu terhalang sehingga ada satu ketika duit maskahwinnya dan belanja hantaran hilang begitu sahaja.

Tangan kanan beliau berbau najis bila mahu memulakan sebarang kerja mencari rezeki tapi bila di ikthiarkan bau itu hilang ketika itu juga. Tapi amalan beliau pun tak pernah tinggal dan sentiasa bermohon pada ALLAH SWT.

Mudah mudahan amin
hikmahurut
ya betul...amalan al kauthar 10x sebelum tido penting supaya pihak kami mudah tafsirkan mimpi tersebut...

selain itu boleh juga ikhtiar cari air yasin tahlil mlm jumaat kat surau berhampiran dalam 5-6 botol besar utk buat stok minum selama sbln...
halwa
assalamualaikum

kak halwa bertanya sebab perkara ni jadi pada kak halwa sendiri ..... bermula dari mula yg sewaktu dgnya

last kali jumpa ....... siapa nama perawat tu ? PakSu ?? dah takde @ kurang byk

zailan175
QUOTE (halwa @ Oct 6 2009, 08:30 AM) *
assalamualaikum

kak halwa bertanya sebab perkara ni jadi pada kak halwa sendiri ..... bermula dari mula yg sewaktu dgnya

last kali jumpa ....... siapa nama perawat tu ? PakSu ?? dah takde @ kurang byk

Salam,

Paksu masih ada lagi kalau yang dimaksudkan pak su TAQ lah. Masih ada lagi di pusat rawatan.
dhiaraniah
saya mengalami gangguan seperti no dibawah : -
sape boleh explainkan macam mana??

2
3
4
6
7
8
9
13
18
19
21
22
28
29
31
33
34
37
abgaudit
Kalu byk tu punya sintom2 ....tak yah explain laa ...pegi jumpa perawat terus .... InsyaAllah terbukti ada gangguan.
Mohsa
QUOTE (dhiaraniah @ Jul 23 2010, 09:28 AM) *
saya mengalami gangguan seperti no dibawah : -
sape boleh explainkan macam mana??

2
3
4
6
7
8
9
13
18
19
21
22
28
29
31
33
34
37

Klu dh byk sgt tanda2nya ...besar kemungkinan pn mempunyai gangguan
Sebaik2nya jumpa perawat utk mengesahkan kead. tanda2 tersbut betul atau tidak..
Elakkan diri kalau selama ini lalai dgn suruhan dan larangan Allah swt
Cuba istiqomah dgn amalan2 fardhu dan sunat..perbanyyakkan mendengar Al Quran (spt CD Rukyah) dan membaca Al Quran
Masa2 terluangkan dgn zikir2 harian .....
Amalkan doa2 dan zikir benteng diri
Lihat juga thread dibawah

http://www.rukyahsyariah.com/index.php?showtopic=1915

http://www.rukyahsyariah.com/index.php?showtopic=891

http://www.rukyahsyariah.com/index.php?showforum=33
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.