admin
Jun 4 2008, 09:33 AM
Assalamualaikum
Saya ingin menyuarakan tentang kebathilan pengamal pengamal kayu koka sebagai kaedah menghalau jin disini.
Mari kita bersatu padu membenteras perkara yang boleh membawa khurafat ini. Menggunakan koka sebagai satu iktikad yang kayu koka boleh menghalau jin adalah HARAM HUKUMNYA. Perawat yang menggunakan kayu koka silalah berhenti dari menggunakan kayu koka sebagai perantaran penyembuh penyakit dan hentikan FITNAH ANDA.
Kayu Koka bukan lah TONGKAT NABI MUSA dan Bukan lah kayu bahtera Nabi Noh A.S.
Tiada satu buktipun yang menunjukkan bahawa bahtera nabi Nuh A.S dibuat dari kayu KOKA tapi semua yang menjual dan menggunakannya sebagai pendinding dan penyembuh percaya ia memang benar kayu KOKA
Begitulah halnya dengan tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib alaihimassalam. Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata, "Tongkat nabi Musa diperbuat daripada kayu Ausaj" [sejenis pokok berduri dari spesis terung. Buahnya bulat dan hitam menyerupai batu aqiq. Lihat: Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga disebut oleh Imam at-Thabari dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91) dan Tafsir at- Thabari (20/17)]
dan seorang hamba ALLAH yang berkata " (dengan izin Allah seperti yang berlaku di negeri Syam para soldadu telah memakainya dan tubuh mereka menjadi kebal) Ujarnya: "Kalaulah Kokka ni macam yang disebut-sebut kenapa Nabi Muhammad SAW tak pakai kayu kokka semasa berperang kat Uhud. Kan senang musuh terus cabut!!"???
KAYU KOKA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KUASA UNTUK MENJADI PENDINDING, PENGHALAU DAN PENYEMBUH DAN SESIAPA YANG BERUSUSAN DGN BENDA BENDA INI DAN MEYAKINI bahawa kayu koka ini berkuasa maka mereka akan mendekati SYIRIK KEPADA ALLAH SWT.
Tapi kalau nak guna sebagai tasbih boleh lah.
Mari kita sebarkan perkara ini agar diketahu umum. Mudah mudahan ALLAH permudahkan perjalanan kita.
aa~jibaba
Jun 4 2008, 10:23 AM
Kayu koka ialah salah satu daripada ribuan kayu di dunia ini. Walau bagaimanapun ia hanyalah kayu. Kayu apapun tidak boleh memberi bekas kepada jin dan yang seangkatan dengannya. Kayu koka bolehlah dikategorikan sebagai kayu kokak <--- istilah orang N9, maksudnya low standard, tidak berkualiti.
eeHeMM
Jun 4 2008, 10:46 AM
KAYU KOKKA & MASALAH AQIDAH
DARI SUDUT HUKUM JUAL BELI
Penjual kayu ini juga kerap mewarwarkan 'kuasa ghaib' kayu ini, menurut hukum Syariah sebegini adalah haram tanpa syak lagi kerana telah berfungsi seperti bomoh yang meramalkan hal ehwal ghaib.
Penjual kayu ini juga samada secara sedar atau tidak telah melakukan penipuan apabila menyebut kayu kokka sebagai kayu yang sama dengan Bahtera Nabi Nuh a.s ( padahal tiada siapa yang pernah menjumpai bahtera ini, sebarang dakwaan kosong tidaklah boleh dipakai) demi untuk meyakinkan pembeli akan kehebatannya, sedangkan tiada satu hadith yang menyebutnya dan kajian saintifik juga tiada yang boleh dipakai dalam hal ini. Apabila perkara tidak sabit kebenarannya ini dijaja bagi menjual kayu ini, ia akan tergolong dalam kategori pembohongan dalam jualan. Nabi SAW bersabda :-
Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli, Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat ) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap ( ketika promosi ) mereka akan sentiasa berbohong. (Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Al-Bukhari & Muslim ; Al-Baihaqi)
Demikian juga halnya dengan majoriti penjual kayu ini di ketika mereka berkempen, ada yang akan mendakwa kononnya ia adalah kayu yang sama dengan tongkat Nabi Musa a.s serta boleh menghadang Jin dan Syaitan. Semuanya tidak berasas di dalam Islam. Kayu ini sebenarnya lebih banyak membawa keseronokan kepada Jin dan Syaitan kerana lebih mudah merosakkan aiqdah umat Islam dengan kewujudannya.
Selain itu, sebahagian pihak penjual menaikkan harga kayu ini hanya kerana kehebatan ghaib kayu ini. Jika harganya berdasarkan kualiti dan kecantikannya sebenar sahaja, tentu ia dibenarkan oleh Shariah. Bagaimanapun jika ia dinaikkan kerana kuasa ghaib dan khasiat yang tidak boleh dibuktikan oleh kajian sains, ia tidak dibenarkan oleh Syariah kerana gharar.
KAYU ATAU ORANG YANG BERMASALAH?
Ada yang bertanya serta memberikan pandangan bahawa yang salah adalah kepercayaan itu dan bukannya kayu itu pada fizikalnya. Benar dari satu sudut bahawa kayu itu sendiri sudah hukumnya adalah neutral, demikian juga hukum bagi kubur. Bagaimanapun yang menjadi masalah adalah pemuja kubur, sudah tentu kubur dan jenazah yang dikuburkan itu tidak salah, tetapi yang salah adalah pemuja. Demikian juga halnya kayu kokka. Dalam Islam, jika sesuatu yang neutral itu menjadi sebab utama kepada syirik, ia turut akan diharamkan sebagai sadd az-zara'i (menutup ruang kemungkinan berlaku syirik).
Justeru, hukum memakai dan membeli kayu ini dengan tujuan hiasan semata-mata, tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya adalah harus. Bagaimanapun, amat wajar dijauhi juga, kerana apabila sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun seseorang memakainya hanya untuk kecantikan dan hiasan, berita keajaiban itu akan bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika seseorang memakainya.
Islam menolak semua jenis tindakan yang bermain di sempadan syirik seperti menyimpan patung di dalam rumah, membina kubur dan dalam kawasan masjid dan banyak lagi (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)
ANTARA DAKWAAN PENJUAL KOKKA adalah :-
i) Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun.
ii) Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.
iii) Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia. (Sapu sedikit sudah cukup).
iv) Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah.
v) Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita.
Bayangkan begitu karut dakwaan penjual kayu kokka ini, sehingga minyak kayu kokka dianggap boleh menjadi minyak pengasih. Sedangkan hukum minyak pengasih adalah syirik dalam islam sebagai disebut oleh nabi SAW ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradhawi ).
Tangkal atau Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.
Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya : Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )
Daripada Uqbah Bin Aamir (marfu') : Ertinya : Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.
Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.
Moga Allah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat
Sumber dari internet
Unggu
Jun 4 2008, 10:47 AM
Salam.,
kalau boleh tunjukkan gambar kayu kokka /tasbih kokka yg menjadi pujaan org2 melayu nie....ada salah seorg sepupu saya yg bekerja di middle east & balik dgn membawa pelbagai jenis brg souvenir yg diperbuat drp kayu kokka seperti gelang,cincin,etc...apa yg buat saya sedih tak kira ler samada yg high income & low income bila dengar kayu kokka semuanya dtg berminat dgn kayu nie,kang kalau kita tegur takut diaorg kecil hati lak,marah kat kita balik....

,walhal kayu tu takde mendtgkan apa2 kebaikan pun.
hakimyputra
Jun 4 2008, 12:02 PM
Salam otai2 yg dihormati semua, sy pun x setuju n tentang habis2an tentang penggunaan kayu kokka dalam rawatan nie (mksud sy iktikad sepenuhnya pada kayu kokka), sampai ada diterbitkan buku pula pasal keistimewaannya, ini akan memesongkan akidah umat Islam yg kebanyakan sudah terpesong, kat pasar Melaka Central, ada satu gerai menjual produk Kokka, macam2, siap ade minyak kokka lagi..camne kita nak wat ye?
Unggu
Jun 4 2008, 12:27 PM
bolehker kalau kita pergi/berjumpa/hubungi kat bahagian pengguna islam malaysia tu,& nyatakan isu penggunaan kayu kokka nie?....
hakimyputra
Jun 4 2008, 12:40 PM
QUOTE (shahila @ Jun 4 2008, 12:27 PM)

bolehker kalau kita pergi/berjumpa/hubungi kat bahagian pengguna islam malaysia tu,& nyatakan isu penggunaan kayu kokka nie?....
Rasanya untuk itu xde masalah, tapi apa kata Majlis Fatwa Ulama Malaysia? Kalau ade green light n hitam putih dari diorg lagi kukuh..apa kata otai2 yg lain?
Mohsa
Jun 4 2008, 03:32 PM
Bab kayu kokka nii dah mcm2 komen kita dah dgr...
Klu mmg kita iktikad kayu tuu yg berkuasa...abislah akidah kita
Klu kayu tu digunakan hanya sebg kaedah utk menyeksa mahkluk jin yg menganggu tuu mcmana...
Saya puun confius gaak....sbb ada ustaz2 yg guna mcm tuuu
Mcm kayu Nonna yg digunakan utk menyeksa makhluk jiin yg mengganggu
Bab iktikad nii susah kita nak judge org....sbb benda tak nampak
Yg menjadi masalah skrg bila ada org guna utk rawatan...masyarakat menggunakannya utk membuat keuntungan dan memberi promosi yg mcm2 kayu tuu buleeeh buat itu dan ini...khurafat yg terang2 nii yg perlu dibanteras dan diperangi habis2an saya rasa...
Klu lepas nii ada org pii promosi kayu Nonna dan kata kayu tuu buleh sembuhkan sakit buleh itu dan ini yg mcm2 ....adakah kita nk perangi semua org yg guna kayu Nonna pulak.....
Bab hukum hakam kita perlu hati2 sikit...para Ulamak Feqah pun tak sewenang2 jatuh hukum...dibuat kajian, siasatan, jika perkara itu perkara baru diadakan ijmak utk dibahas sbelum dijatuhkan hukum
Hanya lontaran pendapat saya yg daif......saya memang tak minat apa2 jenis kayuu puunn
cikguizza
Jun 4 2008, 03:57 PM
tu lah pasal....ada org yg dok pecaya kayu koka leh sembuh penyakit sampai sanggup beli kayu koka besar wat mata cincin....nak makan nasi pun payah..mata koka asik nak langgar gigi eehhehehehhee...last2 penyembuhnya tidak..gigi yang rongak......sama arr tu ngan yang pakai gelang besi ...gelang mata delima lah...cincin batu delima lah ..apa lagi....banyak arr lagi....yang menyembuhkan Allah jer....tak ada yang lain2 daaa...
mummy_irfan
Jun 4 2008, 04:06 PM
QUOTE (cikguizza @ Jun 4 2008, 03:57 PM)

tu lah pasal....ada org yg dok pecaya kayu koka leh sembuh penyakit sampai sanggup beli kayu koka besar wat mata cincin....nak makan nasi pun payah..mata koka asik nak langgar gigi eehhehehehhee...last2 penyembuhnya tidak..gigi yang rongak......sama arr tu ngan yang pakai gelang besi ...gelang mata delima lah...cincin batu delima lah ..apa lagi....banyak arr lagi....yang menyembuhkan Allah jer....tak ada yang lain2 daaa...
wat rosak gigi jer....
eh tapi mcm mana ngan gelang kristal?
bukan la pecaya bleh sembuh ape2 penyakit...
tapi setiap kaler katanya ada khasiat..
btol ker?
sape2 tau?
admin
Jun 5 2008, 09:43 AM
Salam,
Kalau kayu itu dijadikan minyak untuk mengurut tak salah, mungkin ada khasiat minyak itu sendiri. Masalahnya timbul bila perawat PEGANG KAYU KOKA DAN MENAKUT NAKUTKAN JIN.....jin akan berpura pura takut dgn kayu koka "aku takut aku takut dgn kayu itu" org sekeliling tengok akan cakap "Wah power tasbih tu" ...
IKTIKAD WALAU PUN SEDIKIT PADA APA APA JUA BAHAN ATAU BENDA MENDEKATKAN KITA KEPADA SYIRIK.
IKTIKAD HANYALAH HAK ALLAH SWT.
Kalau rotan dan tongkat kita gunakan untuk memukul memang patut jin jin itu takut sebab.
1. Bila jin merasuk atau berada didalam tubuh manusia kesakitan akan mereka rasai selaras dengan kedudukan mereka ditubuh badan. Sebab itu bila kita pukul pesakit yang sakit ialah jin tapi pesakit pun dapat juga bahagian dia. Kalau tak percaya setiap kali ada gangguan jgn disiksa dulu tapi biarkan dia mendengar ayat ayat al-Quran sebagai nasihat dari ALLAH dan Kalam itu menjanjikan Kata Kata ALLAH yang MAHA BENAR. Atas takutkan kebenaran itulah jin jin akan tersiksa dan tidak tahan kerana itu semua ialah kata kata ALLAH malah semua dengan izin ALLAH jua lah ia berlaku. Dan ketika di sebat maka jin tidak boleh nak elak elak sebab mereka berada diserata salur darah manusia yang mereka ganggu.
sekali lagi kita ulang MARI KITA TOLAK RAWATAN YANG MENGGUNAKAN KAYU KOKA SEBAGAI PERANTARAAN KERANA MANUSIA ISLAM TIDAK PERLU KEPADA PERANTARAN SEPERTI KAUM PENYEMBAH BERHALA
azizan.ramly
Jun 5 2008, 10:51 AM
Maaf mencelah,
isu kayu kokka ni bile diperhalusi dan diperhalusi, sbnrnye tidak wajar hanya dihukum pd kayu kokka, malah ianya boleh di bawa kepada lebih luas drpada itu.. malah ianya boleh bawa dari pokok ke akar ke batu, ke pucuk, ranting dan sebagainya...
Sebagai contoh, sy pernah nampak satu pusat rawatan meletakkan cincin batu ke dlm satu campuran bahan diletak dalam pinggan (sy syak dr baunya ialah cuka, ada garam, dan kulit limau nipis ).. Jadi, bagaimana kita nak menghukum iktikad perawat di pusat rawatan ini???
Oleh yang demikian, ianya telah membawa masuk kepada masalah akidah.. Jadi kita kena jelas penggunaannya, dan kalau apa2 pun cara, kalau ianya sudah membawa pada unsur karut, khurafat dan syirik, kita hentikan lah penggunaannya...
Sy rs pada tahap guru2, kaedah menggunakan barang2 ni tidak ada masalah, sebab guru2 nya faham benar penggunaan barang ini dan iktikadnya. Cuma bila datang pd peringkat anak-anak murid yg ta'sub dan menambah cerita supaya org lihat kaedah guru mereka mempunyai kehebatan, power dan sebagainya..
Mungkin kayu kokka ni ada nilai perubatan utk rasukan (wallahualam, sy x tau dan sy x pernah guna), Cuma yg kita sebagai umat islam tidak patut setuju kepada penokok dan penambah, cerita dongeng dan syafaat kepada kayu kokka ni sehingga membawa kepada fitnah kepada para nabi dan rasul...
Jadi oleh sebab cerita2 yg dibuat oleh golongan yang x bertanggungjawab ini, sebagai kesatuan perawat islam, kita hentikanlah penggunaannya, sebagai satu protes dan nahi mungkar... Tutuop aje penggunaan tu, jangan guna sebab takut ianya jadi fitnah pada kita...
Wallahualam,
Mohsa
Jun 5 2008, 01:47 PM
Saya rasa bab penggunaan kaedah bahan2 niii byk yg menimbulkan perbahasan dan kontroversi .....
Bab kokka ini dah byk perbahasan antara ustaz2, perawat2 dan waima mufti di utara tnh air (yg menolak terus semua jenis bhn yg menjadi perantaraan ini) dan pernah dijawab pula oleh seorang ulama tersohor dari tnh seberang....
Saya juga pernah dgr ceramah dari seorng perawat tersohor diselatan tanahair (sanad sheikh Wahid juga) yg mengabungkan kaedahnya dgn mcm2 termasuk menggunakan mcm2 bhn dan buat eksperimen rawatan makhluk halus dgn mcm2 bhn spt batu kristal dll...
Saya rasa rakan seguru Ust Malek (murid Syeikh Wahid juga) belajar sama2 kat mesir, sama2 ustaz pun guna kokka dlm rawatan.....Ust Malek pernah berhujah dgn beliau rasanya bab kokka dan beliau ada hujah2nya tersendiri...
Balik pd basicnya dlm agama apa2 perselisihan pendapat (khilaf) kita akan lihat sama ada ianya melibatkan perkara 'asal atau furu'....
Klu ianya hanyalah perkara furu' shj (cabang agama) khilaf tuu blh diterima
Bagi sayalaaah.....semua bahan pun sekiranya ianya menimbulkan fitnah eloklah ditinggalkan sajaa
Dlm hal agama pun kita byk khilaf sehingga timbulnya berbagai2 pendapat dan mazhab....apatah lagi bidang perubatan niii
Sejarah awal Islam pertembungan pendapat menyaksikan berlakunya peperangan diantara Saidina Ali dan Saiyadatina Aishah...
Klu akhir zaman mcm kita niii tak heran laah klu berlaku lagi byk pertembugan pendapat dan peperangan sesama perawat Islam....
Saya bimbang dr kita duuk lawan dgn Tok Moh yg terang2 syirik tuuuu.....kita duuk lwn sesama perawat Islam pulaak
Akhirnya Tok Moh juga yg senyum sbb ustaz sama ustaz pun (hatta ulama puun) duk gaduh2.....
Saya sama pegangan dgn Tn Admin juga Ustaz Malek saya rasa iaitu menolak perkara yg subahat dan yg mendatang fitnah seperti penggunaan kayu kokka dan lain2...
Wallahuallam
hakimyputra
Jun 5 2008, 02:20 PM
Salam, x silap sy perawat yg Tn Mohsa maksudkan tu ialah Ust JM dari DI, Pasir Gudang,Johor..memang betul kenyataan tersebut..beliau ade menggunakan Kokka dalam rawatan & kalau x silap sy, beliau bukan belajar direct dgn Syeikh Wahid seperti Ust Malek tetapi beliau belajar dgn anak murid Syeikh Wahid di Mesir iaitu Syeikh Muawiyah..Maafkn sy kalu tersilap..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.